Penyata Razak 1956

Penyata Razak 1956 merupakan cadangan pendidikan yang ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu.[1] Nama laporan ini telah diambil sempena daripada nama Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Matlamat Razak adalah untuk membentuk semula sistem pendidikan di Malaya.[1] Laporan ini telah digabungkan ke dalam Seksyen 3 daripada Ordinan Pelajaran 1957 untuk membekalkan asas kepada rangka pelajaran atau kemerdekaan Malaya yang akhirnya dikenali sebagai Malaysia.Laporan Razak merupakan tolak ansur di antara Laporan Barnes (digemari oleh orang Melayu) dan Laporan Fenn-Wu (digemari oleh orang Cina dan India) dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK. Dahulunya, Laporan Barnes telah diserahkan kepada undang-undang sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Apabila Laporan Razak mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang utama di dalam pengajaran, [perlu rujukan] ia juga membenarkan pengekalan dalam menggunakan medium bahasa yang lain di sekolah.